BERDOSA JALIN HUBUNGAN DENGAN INDIVIDU YANG SUDAH BERUMAHTANGGA
BERDOSA JALIN HUBUNGAN DENGAN INDIVIDU YANG SUDAH BERUMAHTANGGA APATAH LAGI MENYEBABKAN BERLAKU PERCERAIAN
Keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga. Individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya. Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.
Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina. Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras. Wahai orang ketiga.. dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain. Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.
Tanggung dosa besar Memutuskan silaturahim antara suami isteri bukan saja boleh dihukum di dunia, malah dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat daripada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya dalam Surah Muhammad ayat 22-23 yang bermaksud, “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan, jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23) Rasulullah SAW, juga memberi amaran kepada orang ketiga yang memutuskan silaturahim sebagaimana dalam sabda Baginda yang bermaksud, “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (HR Muslim).
0 Response to "BERDOSA JALIN HUBUNGAN DENGAN INDIVIDU YANG SUDAH BERUMAHTANGGA "
Post a Comment